Langkah – langkah untuk melembutkan liat
Langkah 1
Kumpulkan semua liat Hobby Clay /Jumping Clay /Magic Craft Clay / Aladin Clay / Pinocchio Clay yang keras and asingkan ia mengikut warna yang berlainan. Peringatan, Cuma liat dari company LMW Intertrade yang tersebut dapat di campurkan untuk pelembutan.
Langkah Ke-2
Asingkan dan Letakkan liat yang keras dalam bekas ketat udara mengikut warna- warna tertentu. Pastikan warna-warna diasingkan, jikalau tiday ia akan bercampur warna dalam process penlembutan. Pastikan tangan dan bekas adalah bersih semasa membuat process penlembutan..
Langkah Ke-3
Titiskan beberapa titik air ke atas liat yang telah keras. Jumlah titisan air adalah berdasarkan dari segi kebanyakan liat yang perlu di lembutkan dan juga kelembutan ia. Titisan air ditambah sedikit demi sedikit dan process ini akan menjadi lebih teliti and di fahami seteleh diulangi beberapa kali.
Langkah Ke- 4
Selepas air di titiskan. Cuba mengulikan liat yang keras supaya air dapat di serapkan. Selepas menguli beberapa kali, simpankan ia dalam bekas yang ketat udara dan pastikan penutup bekas di tutup dengan ketat. Dengan ini, liat yang keras akan menyerapkan air. Bekas disemak setiap hari ataupun beberapa jam berdasarkan isi kandungan yang dilembutkan. Jikalau ia masih keras, sila mengulangi langkah ke-3.
Langkah Ke-5
Apabila liat mula menjadi lembut. Liat diulikan lagi. Jikalau perlu, sila titiskan lagi beberapa titik air ke atas liat semasa ia diulikan. Jikalau ia adalah terlalu lembut ataupun mula mencair, biarkan penutup dibuka supaya air yang berlebihan dapat diwapkan sehinga ia adalah dalam keadaan yang sesuai untuk dikeluarkan. Jikalau ia masih keras dan tidak dapat diulikan, sila mengulangi langkah ke-3. Peringatan, liat tidak boleh terlalu basah ataupun cair. Oleh itu langkah-langkah ini perlu dibuat dengan sabar dan berperingkat.
Langkah Ke-6
Apabile liat menjadi lembut dan tidah terlalu cair, campurkan sebungkus liat yang baru yang berjenama Hobby Clay /Jumping Clay /Magic Craft Clay / Aladin Clay / Pinocchio Clay supaya komposisi liat dapat dikembalikan dan ia dapat digunakan seperti yang baru. Bagi nisbah liat adalah 2:1 ia itu liat baru adalah 2 bahagian dan yang dilembutkan 1 bahagian. Sila meregang dan melipat liat seperti yang dibuat dengan liat baru bagi keadaan mengguna.
Langkah Ke-7
Berhati-hati semasa menambahkan air supaya ia tiday menjadi terlalu lembut ataupun dilarutkan dalam air. Jikalau ia berlaku, sila tambahkan liat yang baru untuk mengimbangkan keadaan liat tersebut ataupun biarkan liat mongering jikalau ia tidak terlalu cair. Pastikan campuran liat yang baru adalah warna yang sama atau warna yang diingini selepes pencampuran warna. Liat ini mesti berada dalam keadaan yang ketat udara bagi menyerap air untuk dilembutkan. Setiap kali semasa memeriksa liat yang dibiarkan untuk lembut dalam bekas ketat udara, sila mengulikan liat bagi mempercepatkan process penglembutan..
Langkah Ke-8
Apabila liat dah menjadi lembut, sila gunakan tetapi tekstur mungkin berlainan sedikit jikalau langkah menlembutkan tidak dikendalikan dengan betul. Cuba dan mengulangi langkah langkah tersebut supaya dapat mengendalikan ia dengan betul. Anda boleh menambahkan liat Hobby Clay /Jumping Clay /Magic Craft Clay / Aladin Clay / Pinocchio Clay yang baru kepada liat yang telah dilembutkan bagi mengembalikan tekstur ia.
Sila hubungi selanjutnya; 017 302 14 88 (Talian Hikmat Pelanggang)